♥ Clique ♥

Daisypath Wedding tickers

Thursday, August 12, 2010

:::culik!:::

Rabu, Ogos 11, 2010

Kami Kene Culik
..........................................................................................................................................................

SHAH ALAM: Penculikan dalam undang-undang jenayah bererti mengambil seseorang tanpa kerelaan..ini mungkin dilakukan bagi tujuan wang tebusan atau langkah awal bagi jenayah lain! Tiga orang wanita dan seorang kanak-kanak telah diculik dari pelbagai lokasi yang berbeza. Walaubagaimanapun, penjenayah yg paling dikehendaki telah dapat dikenal pasti setelah mendapat bantua daripada jiran bujang berhampiran dengan mangsa culik kanak-kanak yang sedang rakus memakan durian.

Penculik
Profile Penjenayah:
Nama: Ryna Rangers 
Status: Penculik yang masih bujang, masih berkeliaran di sekitar Jalan Kapar, Klang dan Bukit Jalil..

          Wanita pertama yang diculik adalah cik Zahharah di lokasi Jalan Nenas, Klang. Mangsa diculik sekitar jam 2200 semalam. Mangsa dipercayai baru pulang dari pejabat di Setia Alam dengan memandu kereta Perodua Viva.

          Mangsa yang kedua adalah seorang kanak-kanak bernama Maheran yang baru sahaja pulang dari menyempurnakan tarawih di masjid berhampiran rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam. Mangsa dipercayai memandu kereta mini klasik jenis cooper berwarna merah dan kemudian tidak ditemui. Kemungkinan mangsa telah diculik oleh penjenayah yang sama pada jam 2230.

          Natasya adalah mangsa yang seterusnya telah diculik di rumahnya di Pinggiran USJ berhampiran Sekolah Teknik Shah Alam. Para pelajar sekolah tersebut yang mempunyai maklumat diharap dapat memberikan kerjasama. Mangsa dipercayai telah keluar membawa Perodua Myvi berwarna perak untuk mencari telefon bimbitnye yang tercicir di sekitar kawasan teksi dan diculik pada jam 2245 ketika menunggu seseorang tepi longkang rumah di luar pagar.

          Mangsa yang terakhir adalah Kak Fatty yang merupakan seorang pekerja berdedikasi dan juga anak yang solehah. Mangsa di culik di rumahnya sndri dengan berbaju kelawar biru yang sedikit terkoyak di bahagian ketiak.  Walaubagaimanapun ke semua mangsa berada di dalam keadaan yang baik dan dijaga rapi oleh sesama sendiri. Berikut adalah aktiviti mangsa-mangsa culik yang dapat dirakamkan oleh kamera litar tertutup.
Bukti No.1


Mangsa telah dipaksa untuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun sekolah. Ke semua mangsa menunjukkan reaksi yang normal serta ceria kerana di khuatiri penculik melakukan sesuatu yang tidak di ingini. [Rujuk gambar: Bukti No.1]
Bukti No.2


 Kak Fatty telah dipaksa untuk membuat air dan menyediakan makanan setelah selesai menanda kertas jawapan peperiksaan. Perhatikan muka penjenayah, ada unsur-unsur sinis dan kejam. [Rujuk gambar: Bukti No.2] 
Bukti No.3
Gambar Bukti No.3 menunjukan tiada tanda-tanda keganasan terhadap mangsa-mangsa wanita kecuali kepada kanak-kanak yang telah dipakasm memakan kurma madu Yusof Taiyoob dan keropok tanpa henti. Walaupun begitu, mangsa nampak tenang dan masih memberikan senyuman meskipun penjenayah menderanya. [Rujuk gambar: Bukti No.4]

Bukti No.4
          Ke semua mangsa kemudiannya dipaksa untuk membuat aksi berenang di atas katil. Mangsa kanak-kanak tersebut masih dipaksa memakan keropok di tangannya. [Gambar: Bukti No.5]

Bukti No.5

          Mereka juga telah dipaksa untuk bergambar secara rapat-rapat dengan penjenayah dan membuat simbol keamanan menggunakan jari. Kanak-kanak tersebut masih dengan keropoknya. Tiada toleransi untuk kanak-kanak tersebut. Kak Fatty masih dengan baju kelawar biru yang koyak di ketiak. [Gambar Bukti No.6]

Bukti No.6

Berikut adalah wajah-wajah mangsa gembira selepas diselamatkan.

Natasya dan Maheran


Cik Zahharah dan Kak Fatty

          Mangsa diselamatkan oleh pasukan paksa rela dan kemudiannya diupah dengan McFlurry Oreo sebagai membalas jasa. Ke semua mangsa selamat dihantar ke rumah masing-masing menjelang lewat malam. Akan tetapi penjenayah masih bebas berkeliaran dengan Proton Saga hitam miliknya yang mempunyai sedikit calar di bumpernya. - Yann Maheran.

2 comments:

HM said...

mengapakah?? aku masih dituduh menculik even mereka kelihatan bahagia diculik aku??

mengapakah???

ini tidak adil!

konspirasi menjatuhkan nama aku ni!!!

:::yann::: said...

gagaga~no komen!