26 Disember 2010
Serom 4, Johor
Pada tarikh ini, saya dan keluarga pergi menziarahi rumah kak liza iaitu tunang kepada abg didi sempena kenduri kahwin adik beliau. Mama saya kata apabila anaknya sudah bertunang, haruslah kita sekeluarga menziarahi keluarga bakal besan supaya ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Oleh yang demikian, kami sekeluarga pun singgah ke Serom 4 yang terletak di Sungai Mati, Johor.
Akibat terlalu lama menunggu pengantin tiba, saya dan mama melakukan aktiviti bebas.
Saya membantu mama untuk mencabut janggut beliau yang sangat unik berwarna putih dan hanya sehelai sahaja.
Sedang kami melihat kamera yang di pegang oleh ayah, tiba-tiba, kami terperasan misai ayah tidak sama tebal sebelah kiri dan kanan.
Walaupun begitu, ayah kata ia tidak menggangu perasaannya pun. Malah, beliau sangat gembira dengan misainya. Ayah saya walau macam mana pun tetap kacak.
Ini adalah adik saya. Kami memperagakan gigi kami yang dipagari bintang. Sedang kami bergembira dengan aktiviti bebas kami, lantas kami terdengar bunyi 'kepakkk..kepakkk..kepakkk..kepakkk..kebummm..kebummm..kebummm..kebummm"
pengantin sudah tiba.
Maka dengan itu berakhirlah sebuah cerita kami di Serom.
sekian

No comments:
Post a Comment